Dari pada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya : Aku bertanya, "Ya Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari bermata jeli? Baginda menjawab, "Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari seperti kelebihan apa yang nampak dari apa yang tidak terlihat." Aku bertanya, "Mengapa wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari?"
Baginda menjawab, "Kerana sholat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas." Mereka berkata : "Kami hidup abadi dan tidak mati. Kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali. Kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali. Kami reda dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya." (Hadis Riwayat ath-Tabrani)
Subhanallah...alangkah mulianya darjat seorang wanita solehah! Sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi motivasi bagi Anda para wanita (Muslimah) dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga.
TAPI BAGAIMANAKAH YANG DIKATAKAN WANITA SHOLEHAH ITU?
:: Wanita solehah seniasa mencintai Allah dan Rasul-Nya melebihi cintanya kepada dirinya sendiri dan manusia seluruhnya.
:: Wanita solehah tidak suka perangai wanita jahiliah yang suka berhibur dan berhias diri hingga menimbulkan fitnah dunia.
:: Wanita solehah tidak bermusafir melainkan bersama mahram atau suaminya. Kecuali dalam keadaan terpaksa dan berhati-hati menjaga keselamatan dirinya.
:: Wanita solehah sentiasa membantu dalam perkara kebenaran, kebajikan dan takwa dan menjauhkan dirinya daripada membantu dalam bermaksiat kepada Allah S.W.T.
:: Wanita solehah sentiasa bersedekah dan infak di jalan Allah, samaada dalam keadaan susah atau senang.
:: Wanita solehah sentiasa berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, adik beradik dan kaum kerabatnya, tidak suka memutuskan silaturahim
:: Wanita solehah sentiasa menjaga solat fardu , puasa Ramadan, mentaati suaminya dan menjaga kehormatan diri.
:: Wanita solehah sentiasa menjaga hubungan baik dengan jiran tetangga dan menghormati tetamu.
:: Wanita solehah bukanlah dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.
:: Wanita solehah bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya , tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.
:: Wanita solehah bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya menyayi dan bernasyid, tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan yang benar, tidak mengumpat, mengadu domba dan keluar kata-kata kesat.
:: wanita solehah bukan dilihat dari keahliannya berbahasa dan berpidato, tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah untuk menegakkan kebenaran.
:: Wanita solehah bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian yang berfesion dan mahal-mahal tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Bertudung labuh dan berbaju kurung tidak membenarkan bentuk tubuhnya di tonton oleh lelaki yang bukan mahram.
:: Wanita solehah bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.
:: Wanita solehah bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa reda dan kehambaan kepada Tuhannya, dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.
:: Wanita solehah bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul dan sentiasa menjauhkan dirinya daripada fitnah.
Sahabat Muslimah yang dimuliakan Allah, Wanita solehah itu berhati lembut, menyenangkan dan menyejukkan bila dipandang mata serta menenteramkan hati setiap pemiliknya. Dialah wanita solehah yang menjaga kesucian dirinya. Allah telah menetapkan beberapa wanita mulia sebagai penghuni surga dan penghulu (pemimpin) para bidadari.
"Sesungguhnya orang-orang bertakwa berada di tempat yang aman. Di dalam taman-taman dan mata air-mata air. Mereka memakai sutera halus dan sutera tebal (duduk) berhadap-hadapan. Demikianlah dan Kami jodohkan mereka kepada bidadari-bidadari bermata jeli". (QS. Ad-Dukhan: 51-54)
Ingatlah wahai lelaki mukmin! Orang yang terbaik dikalangan kalian adalah orang yang berbuat baik kepada isterinya (wanita solehah) dan memuliakan kaum wanita. Rasulullah Saw mengatakan orang lelaki yang menghina wanita adalah orang yang tidak tahu budi.
Rasulullah SAW bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi) Lagi sabda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Hadis Riwayat Abu ‘Asakir).
Rasulullah Saw bersabda, " Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan itu adalah wanita solehah. " Begitulah Islam memuliakan wanita solehah bukan saja dia adalah bidadari di dunia tetapi dia juga akan menjadi ketua bidadari di syurga
BERSYUKURLAH ANDA WAHAI PARA MUSLIMAH
Karena suatu hari nanti Anda dipersilakan memasuki surga dari pintu yang engkau kehendaki. Dan tentunya yang paling bersyukur adalah LAKI-LAKI yang mendapatkan WANITA SHOLEHAH di dunia hingga akhirat
Wallahu'alam...
SILAKAN DI SHARE, Semoga bermanfaat
Kunjungi Fanspage saya:: https://www.facebook.com/pages/Andi-Ahmad-Zikrillah-BsH/784994714871186
Tidak ada komentar:
Posting Komentar